Saturday, November 19, 2011

KEBENARAN ATAU PENIPUAN?

Sebagai siswa dan siswi yg belajar di universiti, apa perasaan anda jika keluar pernyataan seperti ini yang secara terang-terangan mengatakan sesuatu kepada tempat yang anda belajar? marah, geram, mencarut? setiap orang akan datang persepsi yang berbeza mengenai keadaan kampus mereka, kerna apa? ikut kata hati,mati, tapi inilah rasa protes demi KAl yang kita sayangi. Ikut kata psikologi lain orang lain caranya. Namun, bukan hal ini yang ingin dibicarakan, apakah tujuan asal penulis menghebahkan perkara ini kepaada umum? Sedangkan penulis juga berasal dari institusi yang sama. Perasaan hasad dengki (PHD) ataupun perasaan tidak puas hati terhadap pihak pentadbiran kampus?

Kenapa tidak bertemu secara langsung dengan pihak pentadbiran? melalui perbincangan dan perkongsian idea masalah ini pasti dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik, hal ini secara tidak langsung telah mencemarkan nama KAL, yang dikatakan penulis sebagai 'antarabangsa' (aku pun rasa korang tau maksud tersirat dia) yang mempunyai ramai INTERNATIONAL STUDENT. Kononnya penulis malu apabila mendapati KAL berada dalam keadaan yang sedemikian, apakah penulis lebih tidak malu apabila membuat pernyataan ini secara umum yang juga pernah belajar di KAL, berbanding penyelesaian menggunakan perbincangan? 

Jika penulis peka terhadap kawasan persekitaran, pasti akan dapat melihat keadaan KAL yang sedang mendirikan sebuah perpustakaan yang lebih besar penggunaanya kepada orang ramai. 'Tetamu istimewa' ini kebanyakkanya berkemungkinan berasal daripada tapak pembanggunan, habitat dah dimusnahkan ke mana lagi 'tetamu istimewa' nak pergi? (takkan tak belajar sains kalau haiwan telah hilang tempat tinggal, kemungkinan yang agak besar adalah mencari tempat tinggal baru) Belum lagi dikira cara pekeja kebersihan membersihkan keadaan sekitar? (penulis pernah lihat ker?) kebanyakkan masa hanya menggunakan air untuk mencuci keadaan lantai di bawah kediaman (aku pun tak pasti apa yang mereka buat macam membazir jer)

Saya sendiri yakin pihak MPP telah melakukan tindakan dan berbincang mengenai isu ini dengan pihak pentadbiran, kita hanya perlu tunggu penyelesaian lebih baik yang akan datang.

p.s. ini hanya luahan pendapat bagi aku yang masih seorang siswa di KAL, belum diterima keterangan lain yang entah masuk akal lebih baik atau teruk mengenai komen yang penulis buat..hanya teguran


No comments:

Post a Comment